
Dah lama tak dpt menghasilkan artwork 'siap' kecuali untuk tujuan kerja. Artwork utk kepuasan diri kebanyakannya sekadar contengan jer...
Dengan sedikit kesempatan yg ada aku lalu menghasilkan artwork ini...
Walaupun hasilnya tak seberapa..tetapi diharap kalian enjoy...mekaseyyy...!
Lisa?
HIBRID



Sekali lagi aku berpeluang menghasilkan ilustrasi bagi kulit buku atau dalam bahasa Perancis disebut cover. Terima kasih tak terhingga kepada tuan editor iaitu Wanzu & Vovin di atas peluang keemasan ini.
Kali ini aku menghasilkan cover bagi novel dan komik Hibrid, karya seorang lagi artis komik dan novelis muda iaitu Aviltone. Komik dan Novel ini adalah keluaran PTS Publications Sdn.Bhd.
Sila dapatkannya di pasaran kelak...
Live Demo @ PEKOMIKON 2009...!

Berpeluang mengadakan demo digital painting secara live sgt mengujakan...
Chuak, malu, segan, nak nangis, berpeluh..semua perasaan bercampur baur...ditambah lagi dgn tidur yg kurang cukup malam sbelumnya...tatkala itu, perut juga terasa lapar...
Barisan penonton pula terdiri dari kalangan mereka yg jauh lebih berpengalaman dan jauh lebih hebat dalam seni lukis berbanding aku yg baru setahun jagung...namun pengalaman ini sgt2 tak ternilai harganya...
Venue:-Dewan Kedah/Johor, PWTC, Kuala Lumpur (during KLIBF'09)
Date:-25th April 2009
*Kredit foto- Odows aka Bakal Pengantin Baru
In Jiwang Mode-Aku Juga Punya Hati...(pehhh!)




Koleksi lukisan bertemakan gadis2 ayu dan separa ayu yg belum sempat dipertontonkan di sini walaupon ianya sudah bertebaran di internet beberapa waktu dahulu...
Aku...juga seperti dahulu...masih lagi kurang mahir melukis wanita..terutamanya part muka yg lemah lembut itu....
Lukisan2 ini juga merupakan karya2 lama yg tak lama sangat....terimakasih kerana menonton...:D

























































